Sunday, November 9, 2014

"ADAKAH SAYA MERASAKAN BAHAWA ALLAH YANG MELAKUKAN SEGALA SESUATU?"

Satu pertanyaan yang perlu ditanya kepada diri kita ialah ''Adakah saya merasakan bahawa Allah  yang melakukan segala sesuatu ? ''

 
Anda berjanji untuk bertemu dengan seseorang pada waktu tertentu tetapi dia tidak datang tepat pada waktunya. Anda menyelesaikan sesuatu yang penting tapi orang tidak menghargainya. Anda berusaha untuk melakukan sesuatu yang baik kepada seseorang tetapi orang tersebut tidak menyedarinya. Anda mengatakan sesuatu kepada seseorang dengan niat yang baik tetapi dia tersalah faham. Anda membersihkan suatu tempat selama berjam-jam untuk menjadikannya dalam keadaan yang sempurna tetapi seseorang menyerakkannya semula. Anda perlu tidur tapi seseorang membuat bising. Anda meminta bantuan semasa kecemasan, tetapi  tidak seorangpun datang untuk membantu. Anda memberikan sesuatu yang berharga kepada seseorang, tetapi ia hilangkannya. Anda belajar untuk menghadapi peperiksaan universiti selama bertahun-tahun tetapi pada hari itu anda tiba-tiba sakit dan tidak boleh mengambil ujian. Seseorang tidak sengaja menuangkan sesuatu pada baju baru anda. Anda menyimpan banyak wang dalam dompet anda, tetapi dompet anda dicuri. Seseorang melanggar kereta anda semasa memandu di jalan raya. Anda tergesa-gesa perlu sampai ke suatu tempat tetapi kenderaan anda tidak boleh bergerak kerana kesesakan jalanraya. Seseorang yang rapat dengan anda tiba-tiba jatuh sakit dan ia meninggal dunia kerana ambulans tidak datang dengan cepat. Anda dirawat di hospital untuk penyakit tertentu tetapi dijangkiti pula oleh penyakit lain.
Fikiran anda mungkin merasa terganggu dengan musibah yang menimpa ini dan meletakkan kesalahan ke atas orang lain untuk semua kejadian-kejadian buruk ini.

Dalam situasi seperti diatas, kita akan mengeluh dan merasa marah terhadap orang-orang yang menyebabkan situasi buruk tadi  dan menganggap bahawa insiden itu tidak akan berlaku jika orang-orang tadi tidak melakukan kesalahan. Namun hal ini tidak sepatutnya berlaku. Jika seseorang menyedari hakikat ini, seluruh pandangan kita terhadap tujuan hidup ini akan berubah sama sekali.

Selain Allah, tidak ada kuasa tunggal di bumi yang boleh menggerakkan sesuatu, walaupun objek sebesar debu. Apa yang terjadi di muka bumi ini hanyalah kerana Allah kehendaki begitu. Kita boleh bandingkan apa yang kita alami sepanjang hidup ini sebagai sebuah tayangan video. Setiap kali kita menonton tayangan video, kita melihat gambar yang sama. Hal ini juga benar bagi kehidupan manusia. Jika  video ini disimpan selama beratus-ratus tahun dan ditonton semula, gambar yang ada di dalam video adalah gambar yang sama. Pengalaman seseorang sepanjang hidupnya juga begitu, ianya tidak akan berubah. Jika seseorang akan terlambat untuk temujanji, dia pasti akan terlambat. Mungkin ada pelbagai alasan untuk itu, mungkin kesesakan lalu lintas, ditimpa sakit atau lupa. Tapi hasilnya tidak akan berubah. Demikian juga tidak ada perubahan waktu di atas kematian seseorang. Ambulans mungkin terlambat datang, kemungkinan kerana kesesakan lalu lintas atau doktor mungkin lalai menjalankan tugasnya. Tetapi hasilnya tetap tidak berubah. Kematian yang telah di jadualkan tetap akan berlaku. Oleh kerana itu pandangan seseorang terhadap sesuatu yang berlaku harus berbeza. Sebagai contoh, jika dompet seseorang dicuri, maka itu adalah takdir Allah bahawa orang itu tidak mempunyai wang dan Allah mencipta alasan untuk tujuan itu. Jika ia tidak dapat mengambil ujian masuk ke universiti, maka Allah menghendaki kerjaya lain untuk orang tersebut. Jika seseorang tidak dapat menemui rakannya kerana sesuatu sebab, itu adalah kerana kehendak Allah mereka tidak bertemu. Tidak seorang pun akan terlambat, tidak ada seorang pun yang akan lupa, tidak ada seorang pun yang lalai, tidak akan berlaku salah faham, tidak akan hilang sesuatu barang pun atau tidak ada orang yang akan mengalami kemalangan jika itulah ketentuan Allah. Ada sebuah fakta tunggal yang  perlu kita sedari: " Allahlah yang mencipta segala yang dialami oleh seseorang dan Allah pasti mencipta satu alasan untuk apa yang diciptaNya. Sebab musababnya tidak datang dengan sendirinya kecuali dikehendaki Allah. Tidak seorang pun mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu kecuali jika dikehendaki oleh Allah. Allah menerangkan perkara ini di dalam Al-Qur'an melalui ayat-ayat berikut :

Dan tiadalah kamu berkemahuan ( melakukan sesuatu perkara ) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ( mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya ). (QS. Al-Insan, 30)

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu ( mengenai sesuatu pun ) kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam.                                                                             (QS.At-Takwir,29)

" Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"
(QS:As-Saffat,96)

Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau ( wahai Muhammad ) yang melontar, ketika engkau melontar, akan tetapi Allah jualah yang melontar ( untuk membinasakan orang-orang kafir ) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik ( kemenangan ) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.   (QS. Al-Anfal, 17)

"... dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan " (QS. Al-Anbiya, 35).

Seperti yang  dinyatakan di dalam ayat-ayat ini, semuanya adalah kerana kehidupan di dunia ini adalah tempat ujian.  Untuk menguji manusia, Allah akan memberikan peristiwa tertentu yang mungkin disukai atau tidak oleh seseorang. Ini adalah untuk menguji bagaimana manusia tersebut menangani masalah tersebut. Dalam semua peristiwa yang diciptakanNya, Allah menyembunyikan banyak rahsia, hikmat, keberkatan dan berbagai-bagai cubaan. Misalnya seseorang yang tidak dapat pergi ke suatu tempat berpunca dari kesilapan orang lain, mungkin terselamat dari bahaya  kemalangan kereta di jalan raya, atau rompakan atau apa-apa kemalangan lain. Ini semua adalah hikmah yang tersembunyi di sebalik sesuatu kejadian.
Kita hendaklah menyedari bahawa terdapat rahsia yang tidak terhitung banyaknya dan hikmah yang tersembunyi disebalik sesuatu kejadian, jadi seseorang harus berserah sepenuhnya kepada Allah dan percaya kepada ketentuan-Nya. Walau apa pun takdir Allah yang menimpanya, samada baik atau buruk, ia harus bersyukur kepada Allah dan menyedari bahawa Allah telah memberikan yang terbaik untuknya.
Dia mesti jangan lupa bahawa Allah-lah yang menciptakan semua kejadian dan sentiasa ingat bahawa sesuatu kejadian itu bukan disebabkan oleh seseorang. Seseorang yang berbuat baik atau sebaliknya kepada dirinya sendiri adalah disebabkan Allah memerintahkannya begitu. Oleh kerana itu tidak wajar bagi seseorang untuk memarahi orang lain, dan membalas perbuatannya. Apabila seseorang yang beriman mendapat kebaikan atau keburukan, dia harus ingat bahawa ianya adalah cubaan yang datang dari Allah. 

Sesungguhnya kita harus mencegah kemungkaran dan sentiasa berbaik sangka terhadap sesame manusia.. Namun kita harus selalu diingat bahawa Allah-lah yang mencipta setiap kejadian yang dialami dalam setiap saat  kehidupan kita.

Sikap umat Islam yang menyedari fakta ini disebut di dalam Al-Qur'an sebagai berikut:

Katakanlah ( Wahai Muhammad ):  “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami, dan ( dengan kepercayaan itu ) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman  bertawakal. " (QS. at-Taubah, 51). 

2011-04-24 18:22:19

harunyahya.com 

 

Sunday, October 5, 2014

Kalam Mutiara

Kata-kata hikmah daripada sayyidina uthman ibnu Affan iaitu khulafa al-Rasyidin yang ketiga:
Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara :

  • Sewaktu menunaikan apa yang di fardhukan Allah.
  • Meninggalkan apa yang di haramkan Allah.
  • Di kala menyeru kepada kebaikan.
  • Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.

Katanya lagi, empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib iaitu :

  • Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.
  • Membaca al-Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib. 
  •  Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuk mati itu wajib.
  • Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib. 

Antara tanda-tanda 'Ariffin itu ialah :


  • Hati berasa takut dan berharap.
  • Lidah sentiasa bertahmid dan memuji Allah.
  • Mata malu tatkala melihat perkara yang di larang dan banyak menangis.
  • Kehendak yang bersih dari cinta dunia dan menuntut keredhaan Allah.

Thursday, October 2, 2014

Antara Sabar dan Mengeluh



Abul Hassan berangkat menunaikan ibadah haji ke Baitul Haram. Diwaktu tawaf tanpa sengaja dia melihat seorang wanita cantik dengan wajah yang bersinar dan berseri, indah sekali.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita ini, pasti hidupnya bahagia tidak kurang satu apapun tanpa masalah yang membebani." Bisik Abul Hasan.

Ternyata wanita tersebut mendengar perkataannya dan menghampiri Abul HAsan lalu dia bertanya, "Apa yang Anda katakan? Demi Allah, kalau engkau tahu, aku masih dalam masa berkabung, berdukacita, dengan duka yang begitu dalam karena musibah yang sungguh berat kuterima dan tidak ada seorangpun ada disisiku untuk berbagi."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana itu bisa terjadi?"

"Suatu hari saat suamiku sedang menyembelih kambing, dua orang anak kami yang masih balita menyaksikan ayahnya menyembelih. Tanpa diduga anakku yang agak besar mengajak adiknya untuk bermain seperti pekerjaan ayahnya, si kakak menyembelih adiknya. Karena melihat darah yang berlumuran si kakak ketakutan dan lari ke atas bukit lalu menghilang."


Berhari-hari ayah dari anak-anakku mencarinya, bukannya berhasil menemukan anakku malah dia menemui ajalnya dibukit itu karena mati kehausan, sedang anakku yang lari itu pun meninggal disantap serigala.

Saat aku coba melihat jasad keduanya, bayiku yang masih belajar merangkak kuletakkan di dalam rumah. Tanpa kusadari dia merangkak menuju air yang tengah kudidihkan, dia menarik periuk yang berisi air mendidih lalu tumpah menyiram seluruh tubuhnya hingga menyebabkan kematiannya.

Dalam waktu yang singkat aku kehilangan semua orang-orang yang paling aku cintai. Dan kini aku tinggal sebatang kara."

Abul Hassan bertanya, "Tapi aku melihat engkau begitu sabar, tidak terlihat keluhan seperti orang pada umumnya yang tekena musibah, sekecil apapun, bagaimana Anda mengatasi musibah yang begitu berat ini?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

_____________________

"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku (Allah) yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan surga baginya."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dalam hadits yang lain, "Mengeluh diantara kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh jika sebelum taubat ia meninggal, maka Allah akan memotongkan pakaian baginya dari lap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)


Semoga kita dijadikan sebagai hamba-hamba-Nya yang senantiasa sabar dalam menghadapi segala musibah. Amien.


Saturday, September 20, 2014

Rezeki Yang Telah Ditetapkan~~

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."

(QS At-Talaq 65 : 2-3)

Salam Perkenalan Dari Kami =)

Kami adalah pembekal kerongsang kain cotton yang terkini, yang di kenali dengan nama Cotton Craft Design tampil dengan koleksi brooch yang trendy pilihan remaja masa kini.. Sesuai di gayakan dengan pelbagai imej kerana brooch kami terdiri daripada pelbagai warna dan design. Semoga berpuas hati dengan koleksi brooch yang ada.

LIKE kami sekarang di Facebook :
https://www.facebook.com/pages/Pembekal-kerongsang-kain-cotton/218846234845759?sk=info&ref=page_internal