Anda
 berjanji untuk bertemu dengan seseorang pada waktu tertentu tetapi dia 
tidak datang tepat pada waktunya. Anda menyelesaikan sesuatu yang 
penting tapi orang tidak menghargainya. Anda berusaha untuk melakukan 
sesuatu yang baik kepada seseorang tetapi orang tersebut tidak 
menyedarinya. Anda mengatakan sesuatu kepada seseorang dengan niat yang 
baik tetapi dia tersalah faham. Anda membersihkan suatu tempat selama 
berjam-jam untuk menjadikannya dalam keadaan yang sempurna tetapi 
seseorang menyerakkannya semula. Anda perlu tidur tapi seseorang membuat
 bising. Anda meminta bantuan semasa kecemasan, tetapi  tidak seorangpun
 datang untuk membantu. Anda memberikan sesuatu yang berharga kepada 
seseorang, tetapi ia hilangkannya. Anda belajar untuk menghadapi 
peperiksaan universiti selama bertahun-tahun tetapi pada hari itu anda tiba-tiba sakit dan tidak boleh mengambil ujian. Seseorang tidak sengaja menuangkan sesuatu pada baju baru anda. Anda menyimpan banyak wang dalam dompet anda, tetapi dompet anda dicuri. Seseorang melanggar kereta anda semasa memandu di jalan raya. Anda tergesa-gesa perlu sampai ke suatu tempat tetapi kenderaan anda tidak boleh bergerak kerana kesesakan jalanraya. Seseorang yang rapat dengan anda tiba-tiba jatuh sakit dan ia meninggal dunia kerana ambulans tidak datang dengan cepat. Anda dirawat di hospital untuk penyakit tertentu tetapi dijangkiti pula oleh penyakit lain. 
 Fikiran anda mungkin merasa terganggu dengan musibah yang menimpa ini 
dan meletakkan kesalahan ke atas orang lain untuk semua 
kejadian-kejadian buruk ini.
Dalam
 situasi seperti diatas, kita akan mengeluh dan merasa marah terhadap 
orang-orang yang menyebabkan situasi buruk tadi  dan menganggap bahawa 
insiden itu tidak akan berlaku jika orang-orang tadi tidak melakukan 
kesalahan. Namun hal ini tidak sepatutnya berlaku. Jika seseorang 
menyedari hakikat ini, seluruh pandangan kita terhadap tujuan hidup ini 
akan berubah sama sekali.
Selain
 Allah, tidak ada kuasa tunggal di bumi yang boleh menggerakkan sesuatu,
 walaupun objek sebesar debu. Apa yang terjadi di muka bumi ini hanyalah
 kerana Allah kehendaki begitu. Kita boleh bandingkan apa yang kita 
alami sepanjang hidup ini sebagai sebuah tayangan video. Setiap kali 
kita menonton tayangan video, kita melihat gambar yang sama. Hal ini 
juga benar bagi kehidupan manusia. Jika  video ini disimpan selama 
beratus-ratus tahun dan ditonton semula, gambar yang ada di dalam video 
adalah gambar yang sama. Pengalaman seseorang sepanjang hidupnya juga 
begitu, ianya tidak akan berubah. Jika seseorang akan terlambat untuk 
temujanji, dia pasti akan terlambat. Mungkin ada pelbagai alasan untuk 
itu, mungkin kesesakan lalu lintas, ditimpa sakit atau lupa. Tapi 
hasilnya tidak akan berubah. Demikian juga tidak ada perubahan waktu di 
atas kematian seseorang. Ambulans mungkin terlambat datang, kemungkinan 
kerana kesesakan lalu lintas atau doktor mungkin lalai menjalankan 
tugasnya. Tetapi hasilnya tetap tidak berubah. Kematian yang telah di 
jadualkan tetap akan berlaku. Oleh kerana itu pandangan seseorang 
terhadap sesuatu yang berlaku harus berbeza. Sebagai contoh, jika dompet
 seseorang dicuri, maka itu adalah takdir Allah bahawa orang itu tidak 
mempunyai wang dan Allah mencipta alasan untuk tujuan itu. Jika ia tidak
 dapat mengambil ujian masuk ke universiti, maka Allah menghendaki 
kerjaya lain untuk orang tersebut. Jika seseorang tidak dapat menemui 
rakannya kerana sesuatu sebab, itu adalah kerana kehendak Allah mereka 
tidak bertemu. Tidak seorang pun akan terlambat, tidak ada seorang pun 
yang akan lupa, tidak ada seorang pun yang lalai, tidak akan berlaku 
salah faham, tidak akan hilang sesuatu barang pun atau tidak ada orang 
yang akan mengalami kemalangan jika itulah ketentuan Allah. Ada sebuah 
fakta tunggal yang  perlu kita sedari: " Allahlah yang mencipta segala 
yang dialami oleh seseorang dan Allah pasti mencipta satu alasan untuk 
apa yang diciptaNya. Sebab musababnya tidak datang dengan sendirinya 
kecuali dikehendaki Allah. Tidak seorang pun mempunyai kuasa untuk 
melakukan sesuatu kecuali jika dikehendaki oleh Allah. Allah menerangkan
 perkara ini di dalam Al-Qur'an melalui ayat-ayat berikut : 
Dan
 tiadalah kamu berkemahuan ( melakukan sesuatu perkara ) melainkan 
dengan cara yang dikehendaki Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui 
lagi Maha Bijaksana ( mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya 
). (QS. Al-Insan, 30)
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu ( mengenai sesuatu pun ) kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam. (QS.At-Takwir,29)
" Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"
(QS:As-Saffat,96)
 
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau ( wahai Muhammad ) yang melontar, ketika engkau melontar, akan tetapi Allah jualah yang melontar ( untuk membinasakan orang-orang kafir ) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik ( kemenangan ) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (QS. Al-Anfal, 17)
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau ( wahai Muhammad ) yang melontar, ketika engkau melontar, akan tetapi Allah jualah yang melontar ( untuk membinasakan orang-orang kafir ) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik ( kemenangan ) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (QS. Al-Anfal, 17)
"... dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan " (QS. Al-Anbiya, 35).
Seperti
 yang  dinyatakan di dalam ayat-ayat ini, semuanya adalah kerana 
kehidupan di dunia ini adalah tempat ujian.  Untuk menguji manusia, 
Allah akan memberikan peristiwa tertentu yang mungkin disukai atau tidak
 oleh seseorang. Ini adalah untuk menguji bagaimana manusia tersebut 
menangani masalah tersebut. Dalam semua peristiwa yang diciptakanNya, 
Allah menyembunyikan banyak rahsia, hikmat, keberkatan dan 
berbagai-bagai cubaan. Misalnya seseorang yang tidak dapat pergi ke 
suatu tempat berpunca dari kesilapan orang lain, mungkin terselamat dari
 bahaya  kemalangan kereta di jalan raya, atau rompakan atau apa-apa 
kemalangan lain. Ini semua adalah hikmah yang tersembunyi di sebalik 
sesuatu kejadian.
Kita
 hendaklah menyedari bahawa terdapat rahsia yang tidak terhitung 
banyaknya dan hikmah yang tersembunyi disebalik sesuatu kejadian, jadi 
seseorang harus berserah sepenuhnya kepada Allah dan percaya kepada 
ketentuan-Nya. Walau apa pun takdir Allah yang menimpanya, samada baik 
atau buruk, ia harus bersyukur kepada Allah dan menyedari bahawa Allah 
telah memberikan yang terbaik untuknya.
Dia
 mesti jangan lupa bahawa Allah-lah yang menciptakan semua kejadian dan 
sentiasa ingat bahawa sesuatu kejadian itu bukan disebabkan oleh 
seseorang. Seseorang yang berbuat baik atau sebaliknya kepada dirinya 
sendiri adalah disebabkan Allah memerintahkannya begitu. Oleh kerana itu
 tidak wajar bagi seseorang untuk memarahi orang lain, dan membalas 
perbuatannya. Apabila seseorang yang beriman mendapat kebaikan atau 
keburukan, dia harus ingat bahawa ianya adalah cubaan yang datang dari 
Allah. 
 Sesungguhnya
 kita harus mencegah kemungkaran dan sentiasa berbaik sangka terhadap 
sesame manusia.. Namun kita harus selalu diingat bahawa Allah-lah yang 
mencipta setiap kejadian yang dialami dalam setiap saat  kehidupan 
kita.
 
Sikap umat Islam yang menyedari fakta ini disebut di dalam Al-Qur'an sebagai berikut:
Sikap umat Islam yang menyedari fakta ini disebut di dalam Al-Qur'an sebagai berikut:
Katakanlah
 ( Wahai Muhammad ):  “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun 
melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung 
yang menyelamatkan kami, dan ( dengan kepercayaan itu ) maka kepada 
Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman  bertawakal. " (QS. at-Taubah, 51). 
harunyahya.com

 
No comments:
Post a Comment